Selasa, 05 Februari 2008

puisi bhs. indo 5

AKU BUKAN ANAK KECIL

Luluhnya rasa hati ini, Ya Allah... terasa seperti ingin menangis.
Telah menetes airmata ini.
Bukan di depan mata dia.
Bukan menjadi santapan mata dia.

Kalaulah aku kanak-kanak kecil, sudah sepatutnya aku meraung saat ini juga.
Menjerit tanda sakit hati dan tak puas hati.
Tapi, aku bukan kanak-kanak kecil.
Tak sepatutnya melakukan perkara-perkara gila sebegitu.

Tak manis meninggikan suara semata-mata kerana perkara sebegitu.
Tapi, apa yang mampu aku buat?
Ya. Cuma sabar.
Sabar dan sabar lagi.

Tidak ada komentar:

Powered By Blogger